Monday, January 30, 2006

Lady Bee buzzing on 'Lay Park' at KL City

Uhmmm panjang gilerrr cuti minggu nihh, apa mau buat ekk?? Lady mulalah mereka reka aktiviti. Takkan lerrr nak makan, tido, tengok tv, makan, tido, TV, lagikss ajaa kan?? Menambahkan pengembangan jaa. Kesian Ogy, member lady kat UTUSAN tuhh, kerja hari Ahad lahh plak. Lama btol tak jumpa Ogy, windu gilerrr. Lady pick her up after work kat LRT Bangsar. Mana mau pigi ekkk?? Midvalley kaa, KLCC kaa?? Lama lah plak tak ronda KL. We decided to go to KLCC. Best gilerr drving today. Imagine I can speed to 110kmph at Federal Highway. ( Alamak pak polisi, jgn marah)

1st stop, what else…TGV book tiket dulu. Panjang gilerr nak bratorr. Sat sat nak tengok Long Khong pas tuhh pk pk Buli Balik pun ok gakss. Wahhh Buli Balik selling fast tuhh, bukak 2 cinema lagiks. Ferning gak nak pilih movie apa nak tengok. Dah nak dekat kaunter tuhh kitarang pun decided nak pilih Buli Balik, pkol 4.30pm.

BULI BALIK was a OK for me, not bad. Tak de lah banyak sangat adegan klakar. Hans Isaac bebetol acting dlm filem nihh, rasa kesian pun ada gaks. His expression, movement & intonation was different, yelahh dah hilang ingatan kan. Lady nampak ROY dalam filem nihh & bukan HANS. Good Job, Bro !! I think Harith Iskandar, Harun Salim Bachik, Wahid, Aziz M. Osman was trying very hard to make ppl laugh. Anyway, it’s not funny though. I like to see the chemistry between Afdlin & Nasha, both of you look cute. Suka btol dengar Nasha panggil Afdlin COMEL ngan manja nya….hehehehe. AC Mizal nihh lawak ala ala Jim Carey gitu. Watak Adlin Aman Ramlee walaupun sikit tapi sinis. Dalam lawak lawak pun dia sempat gaks nak mengena & buat kita terfikir sejenak. So funny when he trying to act & doesn’t want to admit that he is a big fan of Nordin masa mintak autograf tuh. Kononnya utk anak but suruh si Nordin tulis ‘…Kehadapan sahabat yang disayangi…’ ek ennaaa. Dalam satu adegan di pejabat Datuk Michaelsoft plak, skali lagi dia menyedarkan masyarakat kita nihh yang memang perlu kikis sikap mengharapkan benda benda FREE aja. Watak Nordin yang kekadang agak blur, lembab, dalam persimpangan dilemma (lagu Nora lah plak) melawan perasaan ingin membalas dendam & kesian terhadap Roy; buat Lady rasa nyampah ada, geram, kesian pun ada. Buli Balik bagi Lady penuh dgn jenaka yang ada mesej. Well said & done !! Anyway….SAPA SALAH KENA KARAN…!!! (teringin gaks nak try game nihh wakkakaka)

After movie, we jalan jalan carik pasal sekitar KLCC, shopping sket. Ramai lah jugak org. Sementelah dah sampai KL nihh teringin plak Lady pekena ‘My Mom Chicken Rice – Citarasa Linda Onn’. So, kitarang pi Ampang carik restoran Cik Linda. Uhmm this is the 1st time nak merasa. Nyam nyam…the rice was superb, love the aroma & the taste of it. Steam chicken & roasted chicken tuh ok larr but juicier better, soup taste flat, kerabu mangga plak ada sket curious… thought sepatutnya tumbuk sket kacang N wassup with the ikan bilis?? Ada taruk ikan bilis ekk?? Oh ya, did U masak sket the chili sause?? Apple juice was ok & love the sourplum juice!! The interior - upstairs was lil’ bit cluttered with large dining table, space limited. Downstairs, nothing much to shout about. Decornya memang penuh ngan poster Linda Onn. I wonder, mana poster Pearl Kacip Fatimah ekkk?? Dalam menu pun tak der gaks….terlepas pandang kot…I wonder why….

Lepas tuhh lady just round round sekitar KL. Lalu depan BB, SOGO, Jln TAR, Dataran Merdeka, National Library, IB…etc… saja menikmati suasana malam. Teringat zaman jadiks Jebon dulu…wakkakaa ( yang tuh lain kali crita okkay )

Saturday, January 28, 2006

Lady Bee buzzing about Mastika ‘the sizzling magazine’ in town

Sekian lama Lady tidak membaca majalah kegemaran Lady suatu waktu dulu – apalagi klau bukan MASTIKA, very misteri & spooky. Lady nihh memang suka sangat dgn isu isu alam misteri. Few months back, Lady kembali mendekati Mastika, entah kenapa Headline nya btol btol menarik perhatian. Uhmmm nampaknya Mastika bertukar tempo sket skarang, masih mengekalkan konsep misteri, spooky but lebih kontroversial & mengejutkan minda.

Hidangannya kala ini agak memeranjatkan dgn isu keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat termasuk VCD Lubuk Tupah, Gay & Lesbianism, Black Metal, MMS & 3G yg meloyakan plus entah apa apa lagi di lakukan secara terang terangan tanpa segan silu & rasa hormat. Bukanlah Lady nihh baik sangat, but by reading the article Lady jadi marah, malu, menyampah, sedih teramat sangat. Apa dah jadi nihh?? Kenapa berkelakuan sedemikian rupa segelintir daripada kita? What R U trying to prove? Lebih lebih lagi si pelaku adalah anak Melayu, pewaris perwira pertiwi negara, lebih sadis ada yang bertudung.( sila rujuk MASTIKA utk penerangan lebih lanjut )

Ayoooo, tak ada maknanya…bersembunyi di sebalik kelembutan & keayuan bertudung klau berperangai begitu. Ndak saja Lady pekik, lebih baik jgn pakai kalau hendak menjatuhkan maruah bangsa & agama. Golongan inilah yang merendahkan martabat kita. Terus terang Lady mengaku, memang Lady belum lagi bertudung tapi Lady tak sanggup menjadi manusia hipokrit ! Mempersenda & menipu diri sendiri.

Wahai teman, tidakkah terfikir di benakmu ? Apabila kita sampai seru & bersedia utk memakai tudung segala batas batas harus kita jaga dengan lebih teliti. Teman, adakah begitu sadis caranya utk menunjukkan kejantanan? Tidakkah terfikir di benakmu, bagaimana pula jika perkara ini berlaku kepada ibu, kakak, adik, keluarga tersayang ? Bukankah sepatutnya kamu menjadi benteng penyelamat, menjaga kaum wanita ?

Lady Bee buzzing north, “ Pulau Pinang Pulau Mutiara ” ?

Dah lama btol tak ronda Penang. Walaupun kampung Lady kat Penang, slalunya klau balik pun lepak rumah sedara jaa. Tak derr lahh merayau sangat.

Disember lepas, Lady balik attended doa selamat for my mom…oh ya, my mom kat Makkah skarang nih. Baru ja selesai ibadah haji, 7hb Februari ni Insyaalah my mom pulang. Winduuunyaa.

So, one fine Sunday, tergerak plak hati nak meronda Penang ngan cousin. Apalagi, we arrange for girls outing day. 1st stop, Restoran Kassim Nasi Kandaq…mamam dulu…mengidam kari telur sotong saja & ABC spesel. Memang perrgh nallerekke…We decided nak ronda Tmn Rimba & Bt Feringghi. That’s my favorite place masa kecik dulu. Memang pantang jumpa air, mesti nak jadik dugong punya lahh ( duyung? tak sesuai..wakakaka ) Alemak…Tmn Rimba dah tak se’fantastic dulu laaa, seddey gue. Kitarang trackking japs pastu tross turun bwh ke Bt Feringghi. Saja saja singgah kat kaws. kejadian Tsunami last year then lalu depan Masjid Terapung. Indah btol. Pekena the best Laksa in town near by Eqotorial Hotel. Kat sini pun ada gaks satu gerai kuih tradisional yg sedap!…slurrp slurrrrp…lepak kat pantai sat. Adalaa 2 famly tengah bermandi manda. Apalagi, berposing sakan lahh cousin & cheq skaliks. Sedang Lady amiks gambar tuhh sambil panjat batu batu cariks angle yg sesuai tetiba Lady terfokus lain laahh plak ! Haii, tetengah hari buta nihh pun ada gaks yang ‘tet tennet’ di celah celah batu ekk ?? Appadaa…..tengok gaya pun mcm bebudak U jaa. Kekonon lahh tu, kontrol macho & kontrol ayu, Toing Toingg Toinggg

Lady ronda kat Jln Gurney, lerrr rerupanya gerai gerai kat padang kota tuhh dah pindah…ish ish ish peghak sekejap. Dah petang sket, kitarang pi Teluk Cempedak makan ikan bakaq, sotong goreng tepung…mamam lagikss…Meletop tuhh! Journey di teruskan, round Bkt Jambul plak. Memalam sket hehehehe apalagi, supper at Gelugor. Ada lah gerai dedekat kuil, jual Char Kueh Teow yang amat menggoda jiwa raga. Roti canai garing dia pun sedap gakss tau. Satu lagikss Char Kueh Teow SANI memang fofulerr, ada kat USM or Bayan Baru. Pi Mai Pi Mai….aktiviti hari tu memang action pack ngan acara mamam…..wakakaka

Friday, January 27, 2006

Lady Bee buzzing on 2005, the past & her idealism III


At the moment, I’m proud to say that I tabik spring to our Nicol David. Itulah diam diam ubi namanya. Di tengah tengah zaman kelam arena sukan negara, beliau muncul memberi semangat. Tidak lah nanti org kata our sportsman nihh harapkan jaguh di gelanggang sendri & cuma bley diharap bila rewardsnya tanah lah, rumahlah, kretalah semata-mata. Itupun hampeh gaks. Toing Toing Toinggg ! Nicol, U keep it up girl !!

Akademi Fantasia/ Malaysian Idol/ Mentor - This is the most watch local TV Reality programs these days. Lady pun kengkadang terkena jugak tempiasnya; melangut depan TV every Saturday/Sunday to see who's OUT & who's IN. Suka jugak tngok Class CT Hajar, Ramli MS, Fauziah Nawi, Marlia Musa & Linda Jasmin; banyak ilmu bley dapat tau! Bley laa Lady praktikkan masa Krukkay Session nanti…poyo jer…Ilmu FREE lagikss, klau Lady nak enroll sure bayar bratoss punya. Suka + Nyampah + suka balik lah plakk bila tengok cara Roslan Aziz, Paul Moss, Syafinaz, Ning, Aishah, Anita Srawak, Hetty Koes Endang mengkritik. Ye laa, kena gaks tau perkembangan, karang tak bley join d group yg rata rata will talk 'bout it. FERNING gakss bila ramai mula jadiks pengkritik tak bertauliah ( termasuk laaa cheq ) Fanatik tuh jauh skali...sekadar memerhati dari belakang tabir. Anyway, just 4 the record, telahan Lady selama 3 musim AF tak penah lagi terkincit. I adore VINCE RnB souls, ZAHID the talented N funny hip hop boy plus MAWI the so called Islamic icon wit promising voice (my mom's fav tuhh). Tabik to JAQ (MI 1), love the way she puts her soul to every song she sings. Dina's nyaring voice & bubbly X'ter. Well, I was lil' bit dissapointed with MI 2. Juara mentor pun apa kurang nya, keep on rocking PIJA. Jangan tersasar jauh tau...


There are a lot of things inside my head that I wanted to share. Anyhow, I’ll reveal it slowly one by one. Insyaallah, till next time…CHOW!

Lady Bee buzzing on 2005, the past & her idealism II



What an eventful year kita tempuhi dewasa ini - Bermula dgn Tragedi ( @ Rahmat?? ) Tsunami yang menjemput kita ke tahun baru, umum mengetahuinya so tak perlu Lady ulas di sini. Di kala itu juga Uncle Lah & Aunty Ani sekeluarga Lady on the way to Langkawi. Dok tengah tengah laut nun, tak sedar apa yg berlaku...sesampainya di jetty, tragedi itu baru sahaja menimpa Langkawi setengah jam yang lalu. Imagine...Alhamdulliah, mereka terselamat.

Izzit only me & my thought or.....

Lady rasa seperti kebanyakan kita masih lagi dijajah; dijajah pemikiran & economy wise. Tak sedarkah kita, kuasa monopoli makin 'bertukar tangan'. Our BIG BOYS sedang dijajah satu persatu dalam sedar atau tidak. Company bertukar milik, management & at some point even lost either their BUMI status or hold by kuasa kuasa besar di luar sana. No need to mention political issues...AP, PDRM, KASTAM, MAS, PROTON, etc... it looks like somebody trying to jaga their kepentingan tanpa memikirkan the consequences. Uhmm...i wonder??

What is goin’ to happen wit our young adult these days? ( Lady pun tergolong dlm group nihh jugak yaa...ingat mengingati sesama kita ) Semangat patriotism kian pudar rasanya. Ramai lagi nihh masih dalam dilema mencari jati diri. What's up with Black Metal, VCD Lubuk Tupah, various version of MMS & 3G's series, New Year Beach Party, etc... Actually it has been years segelintir kita berkelakuan begini but only now ia mendapat perhatian. Ye laa, dulu bergerak secara kecil kecilan, skarang dah berani sbb dah 'brain wash' ramai kan..kann? Cubalah tanya brapa ramai lagikah yang masih mengingati RUKUNEGARA? Boleh ceritakan siapa itu Parameswara, Datuk Laksamana Bentan, Mat Kilau, Rentap, Leftenan Adnan...(sekadar menyebut beberapa nama ) ...lebih senang lagi, boleh menyanyikan NEGARAKU dgn baik?? I feel globalisation, development, cultures & roots need to blend so that ia mengingatkan kita daripada tersasar jauh.

( wah wah wah...did I sound too serious?? tetiba semangat patriotik agak membara plak kala ini )

Lady Bee buzzing on 2005, the past & her idealism I

Well Well Well….. B4 I start, let me introduce myself; buat ketika ini I lebih selesa dikenali sebagai Lady Bee. I would like to share a piece of my life, my thought, my interest, my ideas N a lil’ bit of myself here. If U feel comfortable, singgahlah ke teratak ini menemani Lady…berkongsi pendapat, idea, pengetahuan N apa pa sajalah yang sewaktu dengannya.


I feel it still appropriate for me to look on 2005 & the past era for a while. I don know Y but akhir-akhir ini, tatkala sendirian, Lady sering mengimbas semula perjalanan hidup Lady yang sudah lebih 2 dekad. Bukannya memandang ke belakang tetapi kadangkala perlu utk kita mengingati, mengamati, menganalisis so that kita cuba memperbaiki perjalanan hidup kita yang masih panjang...(panjang ke?? sana sini ppl R talking 'bout the END is near, is coming) Anyway, selagi masih di sini, perjalanan harus diteruskan.


Malaysia "Truly Asia" - Lady bangga dilahirkan di sini, a colourful country where ppl lives in harmony with different religions, believes & cultures. Lady dapat rasakan, pasti ada yang cemburu melihat pelbagai kaum & ethnic mingle around, spend time together, sharing their moments whether it's happy or sad, exchange their thoughts, interests N ideas. Harapan Lady agar Malaysia sentiasa berkeadaan begini walaupun sejak kebelakangan ini semangat itu terasa sedikit kepudaran, diganggu-gugat. I feel that we need to be more open minded - lapangkan minda kita agar lebih peka dgn uncertainty/ sensitive issues. We need to stand united agar tiada anasir-anasir yang cuba menggoyahkan persahabatan/perhubungan yang telah diwarisi dari datuk, nenek moyang kita sejak mencapai kemerdekaan.