Lady Bee buzzing on Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM)
Lady sukke…Lady sukke. This is what I call a Malaysian Production. Lady Teruja, Lady Bangga, Lady terkilanzz (prassan nak join performing ngan depa – jadi tukang tolak props pun jadi laarr huahuahuaa) Sbb tuhh Lady paham what Afdlin rambling about. Bangga gilerr dia dgn keJAWAan AC Mizal.
Dua kali tau Lady pi tngok. 1st was the premier show masa PM Pak Lah ada sama. (10 Feb 2006) Tengkiu to En Ibrahim & Ms Rozi – tempat duduk first class, Grand Circle 2 nampak segalanya. The very MERIAH Gilerr tahap pecah panggung. (Chief Kodokz ada masa nihh) Lady ngan kengkawan dah mental dengar lagu ‘Suatu Hari Nanti’. Terjerit jerit kitarang-Happening siot! Ending skali PM menjulang Adik Afif (Raja Ahmad) dgn bangganya. Di hujung sana Datuk Affendi Nawawi memeluk isterinya tanda menyokong minat & bakat. So very the understanding husband. Lady Tabik Spring !!
2nd time plak Lady dudok tepi Stall 1. (16 Feb 2006) Masa nihh jadiks budak baik sket sbb tpt dudok dekat ngan VIP. Tak bley nak mental sesuka hati. Masa nihh Lady nampak Dato Pahamin Rejab & isteri serta Datuk Azmi Khalid & Datin Normala Shamsuddin. Bangga gilerr sbb Lady nampak bukan shj Malay, Indian, Chinese, Omputih pon attended the show. Malaysia Boleh ! Lady lebih menumpukan pada pengucapan dialog, lirik lagu & keseluruhan pegerakan show kali ini. Stephen lupa dialog 2 kali tapi berjaya di ‘cover’ oleh Tiara dgn bersahaja.
Lady Bee’s Pick;
1. The Back-up Vocal :
PGLtM needs to thank their back-up yg mewarnai & membangkitkan perasaan ghairah…?? penonton. Assemblenya pun bukan smua ada mic (bkn smua bley nyanyi kan, nak nari lagikss karang semputz plak) Lagu lagu dendangan mereka masih terngiang ngiang di telinga halus (duhh) Lady nihh.
“Suatu hari nanti, nusantara kan bersatu…lalalalalala” -Suatu Hari Nanti
“Melaka…bercelaru…dum tak dum dum tak” -Melaka Terbilang
(napa lah Lady tak tringat nak pi audition?? Prassan tahap tertinggi nihh)
2. AC Mizal : Gusti Adipati Handaya Ningrat
Terkojotz cam cipan japs bila Lady sedar bhw mamat jawa yg ala laaa ganaz itu adalah AC Mizal. Totally different dari apa yg kita kenali frm GK, BB & BPC. No no no ! Lady dapat rasakan aura Adipati dlm diri AC. Ketinggian, susuk tubuhnya yang tegap dan vokal yang baik, AC dapat menghidupkan watak Adipati dengan berkesan. Nak pitam gak bila dengar suara murka Adipati bila mendapat tahu Kerajaan Demak hendak menyerang & ketika adindanya sneak out (p Mlaka cariks Hang Tuah) He did a good homework. His interpretation on how Adipati berbicara, berjalan, melontarkan emosi amat menarik. Walaupun ada yg kata, he was overacting - bergerak bak watak wayang kulit but that is what teater all about…! Setiap bergerakan whether it is overacting or not, ada maksud tersurat & tersirat. Terpulang kita utk mentafsirkannya.
Fav dialogue: “Kemana kao menghabeskan masa siangmu? …Tempatmu di Kaputen !!”
Sukke dengar tonasinya bila sebut “Mahmud Melaka…” “Yeaarrggghh….!” Pekikan Adipati yg menggugurkan jantung & bulu roma (sib baik tak koma)
3. Soundtrack PGLtM : Melodi yg indah & Lirik yg puitis
Clap Clap Clap to Dick Lee (Composer), Adlin (Lyricist) & Roslan Aziz (Musical D’tor). Susunan musiknya really serenade me. Kadangkala membuatkan perasaan Lady bercampur baur – happy - berkobar kobar – bersemangat – teruja – sedih – feeling gilerr. Tetiba ada plak terasa mcm kembali ke zaman Little Mermaid + Beauty & d Beast + Alladin (peberetz masa kekanak until skunk). Hinggakan Lady termimpi-mimpi di buai perasaan (dia buat dahh…liriknya lebih kurreng cam nihh)
“Mata temu mata, kelu lidah berbicara. Satu demi satu, perasaanku bertamu. Kaulah segalanya…lalalala” –Di Puncak Tertinggi
“Kasih, apakah kau masih? Cinta dimanakah kau anda? …lalalala… Dipelukanmu kasih, keranamu kekasih” –Keranamu Kekasih
isk isk isk jgn nanges Putri Gusti (as in Putri Gusti @ Wrestling?)
“Someday You’ll See, I’m Gonna Be, Part of Your World…! (Eh,nih Lil’ Mermaid’s Song lahh. Tross Lady terjaga dr tidor. Duhh)
4. Datin Tiara Jacquelina : Gusti Puteri Retno Dumilah / Puteri Gunung Ledang
Keunggulan Tiara memang tak dpt dinafikan. Daripada seorang puteri yg naif, manja & nakal dia berubah menjadi seorang pecinta setia, tabah & berani menegakkan pendiriannya. U Go Girl ! Vocal Tiara juga telah melalui satu transfomasi, thanx to Syafinaz the Vocal Guru. Berbeza dari apa yg kita dengar melalui Lagu ASMARADANA yg mempunyai melodi catchy but vocal yg kadangkala tergelincir. She’s not a good singer but she proves that she can sing well in tune. Kita dpt rasa tatkala Puteri jatuh cinta, suka, marah, benci menerusi lagunya.
Fav dialogue: “Tidak syak lagiks owwang Melaka memang sopan santun”
Kuang Kuang Kuang. Gelaks satu dewan.Yo yo ohhh puteri nihh. Klau PGL tngok org Melaka zaman skunk mau koma dia. (jgn maree ekkk)
“Kejamlah dirimu kerana membunuh diriku dengan kata-katamu,”
antara ungkapan kecewa tak terhingga PGL apabila Hang Tuah datang untuk menyampaikan hajat Sultan Mahmud untuk memperisterikannya.
“Lalalala…Katakanlah kehadiranmu atas nama cinta, Jangan kau lupa apa yg telah kau lafazkan, Demi cinta utk selamanya…” –Katakan Hadirmu Kerana Cinta
5. Sukania Venugopal : Bayan
Adlin Aman Ramlie : Sultan Mahmud
Sukania berjaya membawa watak Bayan dgn penuh naluri keibuan. Lady perlu beri kredit padanya, bukan senang tau nak melakonkan watak seorang pengasuh Jawa, lebih lagi she’s not even a Malay apatah lagi keturunan Jawa. Rasa sebak menyelubungi jiwa tatkala melihat Puteri berbaring sambil rambutnya diusap penuh kasih sayang oleh Bayan.
“Duhai Bayan, kaulah ibu…lalala” –Moga Temui Cinta
Teringat kat Mak kita japss. Mom I Lov U, muakss! Satu lagi scene Lady sukke sewaktu konfrontasi dgn Adipati. Bayan mengatakan bhw dia hanya takut pada keagungan Yg Maha Pencipta ! Falsafah tuhh. (Lupa plak camna dialognya)
Adlin turut memperlihatkan bakatnya dalam bidang nyanyian apabila menyampaikan dua buah lagu berjudul ‘Titah Sultan’ dan ‘Hajatmu Kubantu’. Melodi lagu yang ala irama POP Malaysia serta gaya dan lenggok Adlin ala laaa Moulin Rouge sewaktu menyanyikan ‘Titah Sultan’ mencetuskan gelak tawa para penonton. Lady memang tak pernah lihat Adlin menyanyi sebelum ini. Slalunya klau teater lain pun dia berlakon ja.Gayanya yg bersahaja mau pecah Panggung Sari dgn hilaian ketawa penonton. (temasuk lah Lady yg mental nihh) Gatal btol ini Sultan. Hik hik hik
6. Stephen Rahman-Hughes : Laksamana Hang Tuah
I was skeptical with him B4 I watch the show. I hav to give him kredit too. Stephen was like seorang yang buta Bahasa Melayu 6 bln lepas. He surprised me; berjaya menuturkan setiap dialog watak Hang Tuah yang dilakonkannya dengan jelas, agak berkesan kadangkala ada sedikit kegementaran ketika berdialog. Tutur katanya disusun dan diucap dengan sangat berhati-hati, mungkin khuatir sekiranya tersasul menyebutnya dengan pelat Inggeris. Bagaimanapun, Lady tak dapat melihat Stephen sebagai Hang Tuah the Malay Warrior. Banyak perkara yg perlu diperbaiki lagi. Caranya berjalan tidak setegap laksamana, langkah silatnya masih kaku & sumbang. I think, with lil’ more time, he can improve. Feel kurreng sket.
Fav dialogue: “Apakan daya kanda, Tangan terikat di Langit…Sedangkan kaki terpasak di Bumi dan Jasad tidak seiring dengan Mimpi.” Puitis gilerr
Lady terpegun, terjatuh cinta skejaps mendengar alunan suaranya yang lantang, tonasi & sebutannya jelas. He really giving his best because he knows where his strenght is. Barularrr Lady terasa mcm Prince Charming berdirikss depan mata. Okk auwwww.
“Lalalala…Bagaimanakah harusku katakan pada dirinya? Sedangkan cintaku masih menyalaaaa…Apakah cinta perlu kukuburkaaaaaaaaannnnn” –Cinta Atau Setia
(Oh tidak Stephen…jgn kuburkan cinta kitterrrrr. Kuang Kuang Kuang)
7. Props, Lightings & Costumes
Sukke yg teramat sekali. Penat lelah Raja Malek (Production Designer), Mac Chan (Penata Cahaya), Akma Suriati (Costume Designer) & crew memang berbaloi.
Lady tertawan dgn keindahan seni ukiran & pencahayaan pentas. Raja
Malek dan krewnya melakukan tugas yang baik dalam menghasilkan set yang cukup hebat. Latar utama yang menghiasi pentas itu juga terdiri daripada istana Majapahit, pelabuhan dan istana Sultan Melaka. Enam bongkah blok bergerak serta boleh berubah dari Istana Kota Majapahit – Kaputen tempat Puteri & Dayang-Dayangnya berlatih menari - bukit bukau tempat memadu kasih - menjadi kaki bukit & puncak tertinggi Gunung Ledang.
Costumes for Majapahit bukan sahaja menggambarkan keberanian & kecekalan mereka
menghadapi musibah malah quite sexy. (lots of merah/maroon/coklat/batik panjang jawa) Costumes for Melaka was more colourful menggambarkan suasana kerajaan masa itu – sebuah pelabuhan masyhur, disinggahi pedagang berbilang bangsa & agama.
Mohammed Afif Halim : Raja Ahmad
Yalal Chin adalah satu nama besar di pentas teater. Very well telented person. So klakar masa beliau menyanyikan lagu Suatu Hari Nanti sambil mengerak gerakkan kepala ke kiri ke kanan. Like a patung. Afif was so cute as Raja Ahmad. Fav dialogue:
Sultan Mahmud: “Anak Raja kerjanya mengaji bukannya bersilat..”
Raja Ahmad: “Anakanda sudah abiss satu juzuk ayahanda..”
Sultan Mahmud: “Mari ikut ayahanda, kita habiskan satu juzuk lagikss…”
Raja Ahmad: “ Alaaaaaa penat lahhh ayahanda…” wakakakaka, gelakss satu panggung.
Kalau laarr zaman skunk nihh satu page pun blom tentu lagiksss bebudak bley abisss. Kuang Kuang Kuang
9. Assemble
Melakonkan watak penari kraton – panglima – rakyat –bentara – jelmaan nenek kebayan – Org Kaya Melaka & sebagainya lah. Nampak meriah, kengkadang ramai sngat so Lady ferning japss. Tarian mereka was superb mengikut rentak, keadaan & emosi sesuatu babak. Dalam reramai tuhh, Lady nampak beberapa muka bebudaks Audition NTV7. Uhmmm bertuah korangss ekkk !
P/S: Baby Erin dance moves was good/ lakonan mantap & montok dong! That penari kraton – si kembar tuhh pon klakar lahh (excited gilerr bila tau Hang Tuah dah sampai Majapahit) 2 org Bentara pun apa kurangnya ; love your seloka & pantunzz.
10. Program Book
Bak kata Pak Mentua iklan Pati Kiub Knorr : Ada kelassssss !
P/S: Tiara’s picture so ayu jelita.
FAKTA: Puteri Gunung Ledang - The Musical (petikan dari berita Harian)
- PUTERI GUNUNG LEDANg-THE MUSICAL dipentaskan di Istana Budaya dari 7 Februari hingga 26 Februari 2006.
- Ia membabitkan 160 tenaga produksi membabitkan pelakon, pengarah, koreografer, penari, pemuzik, pereka set, pereka busana, penerbitan, pengurusan pentas, pemasaran dan promosi.
- Dipentaskan dalam dua babak. Babak pertama di Majapahit, babak kedua di Melaka termasuk Gunung Ledang. Sebanyak 16 lagu dinyanyikan pada babak pertama, dan 16 lagu lagi pada babak kedua menjadikan jumlah semuanya 32 lagu.
- Empat Kumpulan Kreatif dalam persembahan ini ialah Tiara Jacquelina (Penerbit Eksekutif/Pelakon Utama); Zahim Al-Bakri sebagai Pengarah, Roslan Aziz (Pengarah Muzik) dan Pat Ibrahim (Perekatari)
- Lapan pelakon utama iaitu Tiara Jacquelina sebagai Gusti Puteri Retno Dumilah, Stephen Rahman-Hughes (Hang Tuah); Adlin Aman Ramli (Sultan Mahmud); AC Mizal (Gusti Adipati Handaya Ningrat); Hamzah Tahir (Bendahara); Sukania Venugopal (Bayan); Yalal Chin (Patih) dan Mohammed Afif Halim (Raja Ahmad)
- 43 penari yang dengan sebahagiannya turut memainkan watak tertentu seperti nenek kebayan, lelaki Majapahit, Orang Kaya Melaka, Panglima Majapahit, Bentara, perempuan Kraton dan perempuan Majapahit.
- 12 anggota Kumpulan Produksi, diketuai Adeline Tan sebagai Produser; Raja Malek (Pereka Set), Akma Suriati Awang (pereka Kostum), Mac Chan (penata cahaya) dan Pat Gui (pengurus pentas)
- 15 pemuzik dan 6 penyanyi latar
0 Comments:
Post a Comment
<< Home